Saturday, 19 November 2011

LAGU PATRIOTIK




Jalur Gemilang
 


Keranamu Malaysia
 
 


 Satu Malaysia


Sunday, 13 November 2011

PAKAIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

Pakaian Tradisional Kaum Melayu

1) LELAKI
  • Digunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) lebih kurang 700 tahun lepas.
  • Terdapat dua jenis iaitu :
    • 1)Baju melayu teluk belanga - sampin dipakai diluar
    • 2)Baju melayu cekak musang - baju di dalam sampin

2) PEREMPUAN
  • Dipakai setelah kedatangan Islam, ia terkenal dengan baju kurung, baju riau, baju kebaya dan baju kebaya belah panjang.
  • Diberi maksud mengurung atau menutup anggota tubuh.
Pakaian Tradisional Kaum Cina



• Dalam Sejarah Malaysia, kehadiran kaum Cina dalam pusat perdagangan bermula di negeri Melaka yang diikuti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

• Pakaian kaum Cina boleh dikenali sebagai pakaian Cheongsam yang dipakai oleh kaum wanita serta pakaian Samfoo yang dipakai oleh kaum lelaki.

• Pakaian Cheongsam dan Samfoo telah diperkenalkan semenjak revolusi di negara China pada tahun 1911.

• Ia sesuai dipakai di musim perayaan Tahun Baru Cina serta di majlis perkahwinan.

  • Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.
  • Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun dengan motif-motif mewah.

Pakaian Tradisional Kaum India

Dhoti (Lelaki)

  • Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki.
  • Diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang.
  • Dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha,kemudian disangkutkan pada bahu.
  • Dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.

Sari (Perempuan)

  • Sari pula merupakan pakaian untuk kaum perempuan.
  • Terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan lima hingga lima belas meter panjang mengikut saiz pemakai.
  • Perlu memakai anak baju yang singkat dan ketat sebelum memakai sari.
  • Kain sari yang lembut akan dililit dari pinggang sebanyak tiga hingga lima kali dan diselempang pada bahu kiri.

Pakaian Tradisional Kaum Iban


1) Pakaian tradisional lelaki Iban

  • Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang.
  • Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.
  • Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

2) Pakaian tradisonal wanita Iban

  • Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong.
  • Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut.
  • Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan.
  • Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

Pakaian Tradisional Kaum Kadazan Dusun


  • Masyarakat Kadazan atau orang Dusun merupakan penduduk majoriti Sabah.
  • Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain.
  • Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat).
  • Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :-
  • Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda.
  • Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan.
  • Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual.
  • Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang.