Tuesday, 6 December 2011
MAKANAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA
Makanan Tradisional Kaum Melayu-
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan.
Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito, dan suku Semai.
Makanan Tradisional Kaum Melayu-
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).
Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.
Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.
Makanan Tradisional Kaum Melayu-
Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
Rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klassik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah masakan Melayu sejak 1550-an.
Makanan Tradisional Kaum Melayu-
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.
Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.
Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.
Ketupat palas ialah ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak. Ketupat palas juga biasanya dihidangkan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu. Biasanya daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut, manakala daun kelapa untuk ketupat nasi. Ketupat tiga segi ialah bentuk ketupat tersebut tiga segi. Ketupat moden biasanya empat segi.
Sejak 1990, ketupat yang dibungkus dalam plastik mula diperkenalkan, dan boleh dikukus dalam periuk biasa maupun periuk elektrik. Ketupat sebegini dinamakan ketupat segera / nasi himpit. Walaupun ada pelanggan yang merungut bau tidak seenak dahulu, itu tidak jadi masalah. Terdapat juga dakwaan bahawa ketupat segera dalam plastik boleh mengakibatkan barah.
Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran seperti di Kajang.
Makanan Tradisional Kaum Melayu-
Sate atau kadangkala ditulis satay atau satai adalah makanan yang terbuat daripada potongan daging (ayam, kambing, domba, sapi, babi, ikan, dan lain-lain) yang dipotong kecil-kecil dan ditusuki dengan tusukan sate yang biasanya dibuat dari buluh, kemudian dibakar menggunakan bara arang kayu.
Sate diketahui berasal dari Jawa, Indonesia, tetapi sate juga popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand. Sate juga popular di Belanda yang dipengaruhi masakan Indonesia yang dulu merupakan koloninya.
Biasanya sate diberi saus. Saus ini bisa berupa sambal kicap, sambal kacang, atau yang lainnya. Untuk sate bebek Tambak menu lengkapnya adalah sate, saus bumbu manis kacang tanah atau bumbu pedas (menurut selera) dan irisan tomat serta mentimun. Lalu sate dimakan dengan nasi hangat atau, kalau di beberapa daerah disajikan dengan lontong. Kadang-kadang sate dimakan dengan ketupat.
Diduga sate diciptakan oleh pedagang makanan jalanan di Jawa sekitar awal abad ke-19, berdasarkan fakta bahwa sate mulai populer sekitar awal abad ke-19 bersamaan dengan semakin banyaknya pendatang dari Arab ke Indonesia. Hal ini pula yang menjadi alasan populernya penggunaan daging kambing dan domba sebagai bahan sate yang disukai oleh warga keturunan Arab.
Makanan Tradisional Kaum Cina-
Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia / Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa pemakanan di Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan berasal dari China, maka asal-usulnya juga di sana.
Makanan Tradisional Kaum Cina-
Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting.
Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.
Pesta itu adalah secara rumit berkait dengan legenda-legenda bagi Chang E, mitos dewi bulan Immortality. Menurut “Li-Ji”, sebuah buku Cina kuno rakaman budaya dan majlis, Maharaja Cina harus tawarkan pengorbanan untuk matahari pada musim bunga dan bulan pada musim luruh. Hari ke-15 bagi bulan qamari kelapan adalah hari itu dipanggil “Mid-Autumn”. Malam pada Ogos 15 adalah juga dipanggil “Malam Bulan”. Di bawah Dinasti Song (420), hari diisytiharkan rasmi sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Disebabkan oleh peranan utamanya dalam Perayaan Pertengahan Musim Luruh, kuih bulan juga kekal popular dalam kebelakangan tahun ini. Untuk banyak, kuih bulan membentuk satu bahagian yang penting pengalaman Perayaan Pertengahan Musim Luruh seperti mana ia kini biasa dikenali sebagai 'Pesta Kuih Bulan'.
Terdapat juga satu cerita rakyat mengenai penggulingan pemerintahan Mongol itu dimudahkan oleh mesej-mesej diseludup dalam kuih bulan. Kuih bulan telah digunakan sebagai medium oleh revolusioner Ming dalam usaha pengintipan mereka untuk secara rahsia mengagihkan surat-surat dengan tujuan menggulingkan pemerintah Mongolia China dalam dinasti Yuan.
Makanan Tradisional Kaum Cina (Ketupat Cina-"zongzi")-
“Duanwujie” diraikan pada hari ke-5 dalam bulan lunar kelima untuk memperingatkan penyajak patriotik kerajaan Chu iaitu Qu Yuan. Beliau membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Miluo selepas mendengar berita ibu kota kerajaan Chu, iaitu Ying telah ditawan oleh tentera Qin.
Menurut En. Wen Yiduo, perayaan perahu naga telah lama diamalkan sebelum kelahiran Qu Yuan. Mengikut kepercayai orang Cina, lunar bulan kelima dianggap sebagai bulan yang berbisa dan hari ke-5 pula adalah hari yang paling buruk dalam bulan tersebut. Iniadalah kerana pada hari tersebut, semua reptilia yang berbisa akan mula aktif. Oleh itu,orang Cina pada zaman kuno menggunakan perahu naga (mewakili naga) untuk mengurangkan kesan buruk hari itu.
Qu Yuan merupakan seorang bangsawan Chu dan pegawai kanan Raja Huai (raja kerajaan Chu). Beliau cerdik dan berkaliber. Semasa Qu Yuan masih berkuasa, beliau menentang pegawai-pegawai yang makan rasuah dengan bersungguh-sungguh sehingga ramai pegawai kerajaan tidak suka kepada beliau. Akhirnya, Qu Yuan dibuang negeri apabila Raja Huai mempercayai fitnah para pegawai yang membencikan Qu Yuan. Selepas Raja Huai mangkat, Qu Yuan berkali-kali menulis surat kepada Raja Qingxiang (anak sulung yang menggantikan Raja Huai) tetapi tidak dapat balasan. Memandangkan kerajaan Chu menjadi semakin lemah dan akan ditawan oleh negara musuhnya, Qu Yuan semakin menjadi risau dan banyak karya telah ditulis untuk melepaskan perasaan kerisauan beliau. Apabila Qu Yuan mendapat berita bahawa ibu kota kerajaan Chu telah ditawan musuh pada hari ke-5 dalam bulan lunar kelima tahun 278 SM, beliau tersangat kecewa dan membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Milou. Nelayan-nelayan yang berada di sekeliling mendayungkan perahu mereka cuba mencari mayat Qu Yuan tetapi gagal. Penduduk-penduduk Chu pula membalingkan zongzi (ketupat Cina - isinya adalah nasi pulut dan ia dibalut dengan daun buluh) ke dalam sungai dengan harapan ikan dan udang selepas kenyang makan zongzi tidak akan mengganggu mayat Qu Yuan.
Makan zongzi dan pertandingan mengayuh perahu naga merupakan aktiviti-aktiviti yang diadakan untuk memperingatkan Qu Yuan. Pertandingan mengayuh perahu naga sekarang telah menjadi satu pertandingan antarabangsa yang disertai oleh banyak negara. Orang Cina juga minum xionghuangjiu (arak sulfur) untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit kerana cuaca yang panas itu. Arak sulfur ini pula mengingatkan kita tentang Legenda Ular Putih yang menceritakan percintaan di antara Xiu Xian dengan Bai Niangniang (ular putih).
Makanan Tradisional Kaum Cina-
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud “kuih” dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud “tinggi” melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
Nian gao (年糕) adalah sejenis kuih tradisional Cina yang yg melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat daripada tepung pulut and gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapore, Malaysia and Thailand.
Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan disimpan lama sampai berbulan-bulan sekirannya disimpan atau disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi. Ianya gemar dimakan dengan digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, kuih bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih ini.
Bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Taoisme, Kuih Bakul atau Nian Gao merupakan makanan utama yang digunakan untuk upacara sembahyang (Jie Sie Siang Ang), 6 hari sebelum tahun baru. Ianya dipercayai kuih manisan yang melekit ini di persembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ianya akan dapat “memaniskan serta melekitkan mulut” semasa Dewa Dapur bakal pergi ke syurga untuk memberi lapuran tahunan kepada Maha Dewa Syurga (玉皇大帝)(Yu Huang Da Di) atau “Thnee Kong” (天公/thiⁿ-kong) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi lapuran yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut. Sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, biasanya ia hanya dimakan selepas Chap Goh Meh, hari ke 15 dan penghabisan Tahun Baru Cina.
Di samping itu, kuih ini, yang namanya yang bermaksud baik, bentuknya yang membetung bulat serta keadaannya yang lekit dan manis, semuanya melambangkan petunjuk-petunjuk yang baik agar supaya satu tahun baru yang makmur dan produktif, sempurna dan lengkap, berpenyatuan dan perpaduan keluarga serta kebahagiaan dan kegembiraan yang bakal akan ditempuhi.
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nǚwō. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.
Makanan Tradisional Kaum Cina-
Yusheng, yee sang atau yu sang (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin: yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, “yusheng” diterjemah menjadi “ikan mentah”, namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.
Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila restoran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya.
Kini, “Lo Hei”- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di sekeliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah, cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar, keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat terutamanya daripad sos plum.
Makanan Tradisional Kaum India-
Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat dari tepung kacang tosai /urad dhal dan tepung beras.
Makanan Tradisional Kaum India-
Kuih goyang atau juga dikenali sebagai kuih ros atau loyang merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras yang di goreng dalam minyak masak.
Kuih ini berasal daripada kuih tradisional yang berasal dari India, khususnya selatan India (Tamil Nadu dan Kerala), di mana ia dikenali sebagai “Achu Murukku” atau “Achappam”, rasanya juga manis.
Di Malaysia, ia dinamakan kuih goyang kerana selepas acuannya dicelup dalam adunan tepung cair, ia dicelup ke dalam minyak yang panas dan digoyang-goyangkan agar tanggal. Nama ros pula sempena bentuknya menyerupai bunga. Nama loyang pula mungkin kerana acuannya diperbuat daripada logam loyang.
Warna asal kuih ini adalah keemasan, tetapi kini terdapat kuih goyang pelbagai warna.
Ia biasanya dibuat semasa musim perayaan Hari Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.
Makanan Tradisional Kaum India-
Tosai atau thosai, tosei, dosa adalah makanan ringan yang lazat di jamu selera pada waktu pagi, petang atau pun malam. Sekiranya anda mengunjungi restoran-restoran Nasi Kandar atau pun restoran India di Pulau Pinang, tosai seperti menu yang wajib bagi restoren-restoren tersebut di sini. Tosai berasal dari Tamil Nadu, India. Di Malaysia tosai semakin popular dalam kalangan masyarakat majmuk. Sebagai bekas pengusaha restoran nasi kandar, Mamak haji dapati peminat hidangan tosai ini lebih ramai dari kalangan orang Melayu dan Cina daripada kalangan orang Tamil yang menjadi makanan tradisional mereka. Maka haruslah Mamak memperturunkan resepi tosei ini untuk pengunjung untuk menikmati bersama keluarga atau pun menjadikan ia satu kelebihan istimewa di restoran Melayu atau di kantin-kantin. Tosei adalah makanan yang rendah kolestrol dan sekiranya untuk masak menggunakan kuali tak melekat (non-stickable pan) boleh menghindarkan lemak kosong peratus. Purata nilai kalori sekeping “tosai kosong” adalah 155 kalori bagi satu hidangan. Orang yang gemari pemakanan sihat atau diet, tosei adalah makanan yang sesuai. Peminat roti canai yang semakin menjauhkan diri dari roti canai, dengan nilai jumlah lemak dalam penyediaan roti canai boleh beraleh kepada tosei sebagai sarapan atau makan malam.
Bahan utama dalam penyediaan dalam resepi tosei adalah kacang tosei (bahasa tempatan) atau di gelar dalam bahasa tamil “ulundhu”. Di India kacang ini digelar “Urad Dhal” atau dalam bahasa Inggerisnya, “split black gram”. Kacang tosai pada asalnya adalah berkulit keras yang berwarna hitam dan bentuk seperti kacang hijau. Selalunya kacang tosei di belah dua. Maka ia kenal dengan ” split black urad dhal”. Kacang urad dhal yang hitam ini biasanya perlu direndam dan perlu mengasingasingkan kulit sebelum digunakan. Teknologi semakin canggih sekarang ini urad dal ini dibuang kulit melalului mesin menjadikan amat popular. Kacang Urad dhal yang dibuang kulit memberi aroma yang lembut dari urat dhal yang berkulit hitam. Aroma lembut urat dhal putih (dikupas kulit) lebih sesuai untuk pelbagai kaum. Nilai protein yang terdapat dalam urat dhal adalah amat tinggi. Apabila nilai protin tinggi maka pemakanan ini digolongkan dalam Makanan “bergas” atau dalam bahasa kampung digelar makanan “Angin”. Kebanyakan Resepi masakan India yang lebih 10 abad punyai ciri-ciri istimewa untuk menghindarkan kemudaratan kesihatan. Walau sekali imbas kita dapati resepi masakan India ini seperti memberi kemudaratan kepada kesihatan tetapi resepi dari benua India ini selalunya menggunakan rempah yang harum sebagai menangkis kemudaratan kesihatan makanan tersebut. Rempah adalah cara terbaik untuk mencegah kesihatan dengan bersifat nilai-nilai perubatannya ter sendiri. Dalam masakan tosai ini pengunaan urat dhal akan menyebabkan perut kita sebu kerana angin atau stomach gasing. Rempah yang digunakan untuk mengatasi masalah dan menambahkan aroma adalah “halba”. Halba dalam tosai ini selain dari mengharumkan tosai anda, ia juga boleh hindarkan masalah “angin”.
Bahan penting kedua ialah beras. Walau pun beras ini punyai nilai kanji yang tinggi tetapi tetapi kebiasaannya cara masakan India menganjurkan menghindarkan air kanji dalam kaedah masak nasi putih. Apabila gunakan beras sebagai bahan dalam resepi masakan makanan ringan biasanya ia diperam (fermatation). Apabila beras diperamkan, kanji ini bertukar kepada gula atau glukos. Glukos senang diserap oleh tubuh badan kita. Proses Fermatation atau pemerapan ini membuatkan tosai ini sebagai makanan unik yang dikategorikan dalam pemakanan sihat. Sukatan yang paling mudah buat tosei ialah 1 bahagian urad dhal (kacang Tosai) dan 3 bahagian beras atau nisbah 1:3. Anda boleh gantikan beras kepada tepung beras sekiranya ingin buat dalam kuantiti besar dan menjaga pengisar anda tidak terbakar atau mudah mengalami kehausan pada pemutar getah.
Makanan Tradisional Kaum India-
Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni “Channal”. Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
Makanan Tradisional Kaum India-
Vadai atau (vada, wada, vade), disebut “Wah-dei”, merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.
Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.
Hinava
Makanan Tradisional Kaum Kadazan-
Makanan kadazan kontemporari dipengaruhi oleh hidangan turun-temurun dan hidangan cina, dengan pengubahsuaian- pengubahsuaian unik dan nuansa serta penggunaan tertentu barang makanan boleh didapati di sini, terutama pucuk-puck rebung, sagu dan ikan air tawar. “Pinasakan” adalah salah satu hudangan Kadazan yang paling popular, yang pada asasnya adalah satu bentuk ikan ait tawar jeruk.
Satu lagi hidangan biasa ialah “hinava” yang ialah satu bentuk salad dengan kepingan-kepingan ikan mentah, peria serta bahan-bahan lain. Hivana adalah sama seperti kepada ceviche iaitu ikan diperapkan dalam buah sitrus. “Bambangan” buah biasanya dimakan dengan hidangan-hidangan sebagai satu pembuka selera. Satu lagi pembuka selera popular biasa dimakan ialah mangga hijau, biasanya dicampur dengan kicap dan cili.
Makanan Tradisional Kaum Iban-
Tuak merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular di kalangan masyarakat asli atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakansejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya.Bagi masyarakat Kelantan pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaituminuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.Di Malaysia terdapat dua jenis tuak yang diketahui iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masadahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil “BerasPulut”. Beras tersebut akan direndam bersama air di dalam tempayan ataudikenali sebagai “Tajau”. Proses tersebut akan mengambil masasekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan berastersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil “Nasi Tapai”. Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu, gawai burung dan sebagainya. Selain daripada mayarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengancara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.
Tuak (nipah / kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa / nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akandikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air iniakan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa / nipah ini akan diminum selepas beberapa hari. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa / nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi cuka secara semula jadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment